Jom cuba petua hilangkan jeragat cara tradisional

Punca Jeragat / bintik-bintik hitam

1. Sinaran matahari
Sering terdedah kepada sinaran matahari merupakan punca terjadinya jeragat. Kita boleh atasi dengan menggunakan krim yang mempunya sunblock untuk menghindarkan kulit dari terkena secara terus sinaran matahari (UV).

2. Pil/ubat perancang
Penggunaan ubat perancang menyebabkan hormon dalam badan kita terganggu. Ketidakstabilan hormon merupakan salah satu punca terjadinya jeragat.

3. Penggunaan kosmetik / rawatan kulit yang tidak sesuai dengan kulit
Dengan penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit merupaka salah satu puncanya. Bahan yang digunakan mungkin mempunya bahan kimia yang merbahaya yang boleh menghakis kulit dan menyebabkan kulit kita rosak. Apabila kulit menipis dan rosak maka mudah untuk sinaran UV tembus memasuki lapisan kulit kita.

7 Petua Tradisional untuk hilangkan jeragat

1. Ambil beberapa daun sireh muda, kemudian simpan daun sireh ini di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai daun sireh dan gosokkan di kawasan jeragat. Biar kering sebentar dan bilas dengan air suam.

2. Hampas kelapa selepas diperah santannya jangan dibuang tau. Ambil sedikit hampas kepala tu kemudian gosok-gosok di muka, biar selama 15 min kemudian cuci dengan air suam. selain boleh memudarkan jeragat ia juga boleh menghalus dan menggebukan kulit.

3. Ambil 1 sudu tepung jagung, perahkan sebiji air limau purut atau limau nipis, agak-agak sampai pekat dan boleh di sapu di muka seperti masker. Biar kering seketika dan boleh bilas dengan air suam.

4. Jika makan pisang berangan tu jangan lagi buang kulitnya tu. Sapu-sapu dulu di kawasan yang naik jeragat tu, biar kering sekejap kemudian bilas dengan air.

5. Ambil segenggam beras dan rendamkan seketika, lebih kurang 1 jam macam tu, kemudian tos dan tumbuk bersama-sama kunyit hidup lebih kurang 1 cm sehingga lumat. Kemudian perahkan sebiji limau nipis/purut kedalam beras yang di tumbuk tadi beserta sebiji putih telur.. gaul sebati dan boleh tempek di muka sebagai masker. Biar kering seketika dan boleh bilas dengan air suam.

6. Ambil putih telur dan masukkan tisu ke dalam putih telur tu. Ambil tisu tadi dan tempek dimuka yang ada jeragat tu. Biar kering dan bilas.

7. Tumbuk 1cm kunyit hudup hingga lumat, campurkan sedikit tepung ubi dan juga perahan air limau nipis/purut srta 1 biji putih telur. Gaul sebati dan sapu di muka. Biar lebih kurang 20min kemudian bilas dengan air suam.

Selamat mencuba ya..

credit to blog  dengan ucapan terima kasih

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

is Stephen Fry proof thanks to caching by WP Super Cache